Sunday, May 16, 2010

PRK Hulu Selangor & Sibu - Mesej Untuk Orang Melayu

Jelas sekali keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) di Sibu dan Hulu Selangor memberi gambaran bahawa terdapat pola pengundian yang berasaskan politik perkauman. Orang Cina tidak lagi mengundi Barisan Nasional (BN). Orang Cina tidak mengundi BN bukan bermakna mereka tidak menyokong orang Cina daripada parti MCA, tetapi jelas orang Cina terang-terangan menolak UMNO yang merupakan parti tunjang di dalam BN. Orang Cina telah memaku kerangka minda mereka bahawa tiada ruang lagi bagi mereka untuk menyokong UMNO. Kick them out totally, kata mereka.

Senario ini amat merbahaya bagi kepentingan orang Melayu. Sudah sampai masanya orang Melayu perlu sedar dan mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kebelakangan ini. Mereka perlu mencapai kata sepakat tentang apa yang perlu dilakukan. Bagi Awang, apa yang perlu orang Melayu lakukan ialah tidak lain dan tidak bukan mengenepikan kepentingan politik masing-masing dan bersatu demi menjamin kelangsungan Bangsa Melayu di negara Malaysia ini. Mereka perlu bersatu. PAS, UMNO dan orang-orang Melayu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bersatu demi masa hadapan anak bangsa. Biarkan Anwar Ibarahim seorang sahaja di PKR kerana beliau memang seorang yang mementingkan peribadi beliau ingin merebut kuasa tanpa mengira kesan yang berlaku ke atas anak bangsa. Bagi PAS, renungkanlah, sia-sia sahaja jika anda melaungkan kata-kata perjuangan Islam jika orang Melayu tidak lagi berkuasa di bumi Malaysia ini gara-gara persekongkolan anda dengan orang-orang secara terang-terangan anti Islam (DAP). UMNO pula perlu berlapang dada jangan hanya ingin mengaut kekayaan negara sehingga sanggup menggadaikan masa hadapan anak bangsa. Sudah sampai masa anda (UMNO) perlu berkorban untuk berkongsi kuasa dengan PAS asalkan orang Melayu dan Islam terus kekal berkuasa di bumi Malaysia ini. Jika tidak bersatu, alamat undi orang Melayu/Islam akan terus berpecah dan ada kemungkinan undi orang-orang bukan Melayu akan melebihi undi orang-orang Melayu/Islam. Walau sekebal mana pun peruntukan perlembagaan yang meggariskan bahawa hanya orang Melayu/Islam sahaja boleh menjadi PM atau MB, namun dalam konteks sistem demokrasi ini , kekurangan undi majority akan membawa kesan yang amat bahaya malah segala peruntukan perlembagaan tersebut boleh berubah.

Oleh itu, ayuhlah bangsaku semua, ketepikan kepentingan temolok diri masing-masing, belajarlah berkorban untuk agama dan bangsa demi masa depan anak-anak kita. Kita mungkin kenyang pada hari ini, tetapi dengan tindak tanduk kita yang rakus dan petingkan diri sendiri ini, anak-anak kita dikemudian hari mungkin akan kelaparan dan mengemis di tanah tumpah darah sendiri. Ayuh UMNO, PAS dan orang-orang Melayu PKR, bersatulah. Tinggalkan Anwar Ibrahim yang rakus lagi bangsat itu.

Monday, May 10, 2010

Awang Maya Kembali

Lebih setahun A.M mendiamkan diri daripada membuat sebarang penulisan di dalam blog Awang Maya. Di antara faktor yang menyebabkan sedemikian ialah misi utama A.M tercapai iaitu bagi melihat perubahan suasana iklim haru-biru politik di negara ini pada masa itu. Tag line blog A.M ialah jangan bagi muka kepada penyeleweng. bagi A.M, penyeleweng besar di sepanjang tempoh tersebut ialah tidak lain dan tidak bukan si AAB yang membangkit perasaan marah dan kecewa rakyat yang amat sangat ekoran kepimpinan dan pentadbiran yang lemah. Dengan berlakunya peralihan kuasa tersebut, A.M rasakan sedikit sinar harapan bagi rakyat Malaysia terutamanya golongan marhain dan orang kampung yang menjadi target pembelaan A.M. Ternyata, corak pemerintahan kepimpinan baru di bawah DS Najib sedikit sebanyak memberi harapan dan optimistik kepada penghidupan rakyat. Kita harap ianya dilaksanakan dengan penuh kejujuran dan keihklasan. Itu yang membuat A.M menyepi dan memilih untuk menjadi pemerhati terhadap setiap perkembangan.
.
Kini, A.M ingin kembali menulis kerana tanggungjawab untuk menegur terhadap penyelewengan atau wrong doer wajib diteruskan hingga ke akhir hayat. Ini bukan merupakan tanggungjawab sosial Awang, sebaliknya merupakan Fardhu Kifayah yang harus dipikul. Selagi dunia belum kiamat, selagi itu wujudnya iblis dan syaitan, dan selagi wujudnya iblis dan syaitan, selagi itu penyelewengan akan berterusan. AWANG MAYA KEMBALI..............

Wednesday, April 8, 2009

DS NAJIB PERLU BERTEGAS

Awang rasa jengkel bila mendapat berita bahawa parti MCA meminta bilangan peruntukan menteri dan timbalan menteri sedia ada untuk parti tersebut perlu dikekalkan tatkala DS Najib sedang merangka untuk mengecilkan saiz struktur kementerian sedia ada. Malah lebih memualkan kerana ada ura-ura parti tersebut cuba momohon diperuntukan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Komen pertama Awang ialah - BANYAK CANTIK? Sedarkah mereka jika dilihat dari segi statistik dan analisa yang dibuat di sepanjang keputusan beberapa pilihan raya kecil yang lalu dan juga pilihanraya umum ke 12 yang lalu menunjukkan undi orang Cina terhadap MCA semakin teruk. Sejak pilihanraya umum ke 12 yang lalu hingga kini, MCA tidak menunjukkan tanda-tanda kemajuan dari segi raih sokongan yang diperolehi, sebaliknya sibuk meminta sana-sani. Ironinya mereka menyalahkan UMNO sebagai punca kekalahan sedangkan kerusi UMNO yang tewas tidaklah seteruk parti kedua terbesar ini. Malah UMNO sebenarnya telah banyak bekorban dengan memberi laluan kepada calon parti lain di kawasan yang mana majoritinya adalah orang Melayu.

Jelas sekali Awang boleh rumuskan MCA masih lagi tidak berubah dari segi mentaliti dan sikap. Tatkala UMNO tengah berperah otak merangka strategi untuk meraih kembali sokongan, MCA sibuk memperjuangkan kuasa dan jawatan untuk temolok anggota parti mereka. Mereka lupa bahawa mereka sudah semakin tidak relevan. Orang Cina sudah mula meminggir mereka.

Di sini Awang ingin mengambil kesempatan agar DS Najib tidak harus melayan permintaan mereka sama sekali. Awang setuju sekiranya DS Najib ingin memberi lebih favor kepada parti-parti komponen Sarawak dan Sabah kerana mereka memang banyak membantu BN dalam pilihan raya umum yang lalu. Namun untuk melayan dan menerima permintaan MCA, Awang harap DS Najib akan berkata TIDAK. NO WAY, buktikan dahulu bahawa masyarakat Cina kembali menyokong anda, baru anda boleh meminta itu dan ini. Malah Awang menggesa agar DS Najib seharusnya meletak kembali calon-calon UMNO di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu melebihi 55%. Jangan bagi muka lagi kepada mereka. Kerana Awang tahu mereka (MCA atau MIC) ingin mengambil kesempatan terhadap krisis keyakinan rakyat terhadap BN ini sebagai platform untuk mereka menuntut suatu yang tidak sewajarnya dituntut. Sedangkan UMNO dilihat seperti berjuang keseorangan selain daripada kerjasama parti-parti komponen dari Sabah dan Sarawak. DS Najib perlu bertegas dalam soal ini.

Wednesday, March 18, 2009

Apabila Bloger Menjadi KP RTM

Mula-mula sekali Awang nak ucap tahniah kepada Datuk Ibrahim Yahya kerana terpilih dilantik menjadi KP baru RTM. Walaupun Awang tahu sebenarnya R & S (Recruitment & Selection) tu bukan dibuat secara profesional dan ianya adalah satu hand-picked oleh si Shabery Cheek sendiri, namun Awang harap Datuk jadikan ianya sebagai satu cabaran untuk meningkatkan lagi mutu program RTM. Tak sangka, antara bloger yang Awang follow, dilantik menjadi KP RTM yang mana Awang terlibat secara langsung.....oppsss....OK just forget it. Tapi secara peribadi, Awang berpendapat Datuk belum layak untuk memegang jawatan KP tersebut (secara relatif) jika kita ingin melihat RTM berupaya mencapai aspirasi stakeholder(bukan Shabery Cheek). Kenapa? jawapan ideal yang terlalu mudah, Datuk datang dari dua player utama dalam industri media iaitu TV3 dan NST Group.Tapi tiada impak yang Datuk berikan kepada kedua-dua bekas majikan Datuk. Malah Datuk sebelum ini merupakan penasihat program di RTM yang umum mengetahui RTM agak sluggish dalam memberikan sesuatu perubahan yang boleh dianggap "Berjaya".
RTM baharu sahaja dibuat penstrukturan semula yang melibatkan perubahan dari segi struktur dan fungsi-fungsinya. Ianya melibatkan pertambahan beberapa fungsi baru seperti perancangan strategik, pemasaran dan promosi. Pihak stakeholder manaruh harapan yang tinggi dengan perubahan fungsi ini agar RTM berupaya bergerak seiring dengan player-player lain dalam industri yang sama. Betul, RTM bukan merupakan pemain di dalam industri penyiaran yang berorientasikan keuntungan seperti saluran-saluran di Media Prima dan ASTRO. Namun, harus diingat, matlamat asas RTM ialah ingin menyampaikan segala dasar kerajaan dan maklumat-maklumat signifikan serta program-program untuk kepentingan rakyat. Jika rating RTM masih lagi ditakuk lama atau dalam ertikata lain tertinggal jauh di belakang player-player lain baik dalam penyiaran televisyen mahupun radio, bagaimana segala dasar, maklumat dan program tersebut dapat sampai kepada rakyat. Maka matlamat atau objektif yang konon dianggap sebagai tanggungjawab sosial itu tidak akan tercapai. Sebab indikator atau KPI dalam dunia penyiaran cukup mudah, ada orang tonton (TV) dan dengar (Radio) atau tidak. Awang yakin, anak-anak Datuk sendiri jika diberi pilihan akan memilih menonton TV3/TV8/NTV7 atau ASTRO daripada menonton saluran RTM atau mendengar Era/Hot/Hits/Fly daripada KL FM atau Muzik FM. Betul tak Datuk?
Untuk itu, Awang harap Datuk jadikan ini semua satu cabaran buat Datuk memastikan RTM mampu melepasi indikator tersebut sebagi bukti RTM mampu menyangi pesaing-pesaing dalam dunia penyiaran.
Good luck to you Datuk Dunia Tiger.
Awang Maya

Saturday, October 11, 2008

Tolonglah Ahli UMNO……Jangan Jadi Bodoh Dan Bangsat

Tatkala kita tahu bahawa hampir seluruh akar umbi memang telah menolak Pak Lah. Keputusan Pak Lah untuk tidak bertanding mempertahankan jawatan Presiden adalah ekoran input yang diperolehi bahawa beliau tidak akan dapat pencalonan yang cukup untuk bertanding sebagai Presiden. Bagi menjaga dignity dan agar maruah tidak tercemar, beliau menggunakan atas nama kepentingan perpaduan dalam parti dan BN sebagai alasan untuk tidak bertanding dan melepaskan jawatan Perdana Menteri 6 bulan dari sekarang. Sedangkan kita tahu orang-orang berkepentingan disekelilingnya bermati-matian cuba memujuknya supaya untuk tidak melepaskan jawatan PM dalam tempoh yang terdekat.

OK, Pak Lah sudah buat keputusan, satu beban dan masalah besar bagi UMNO sudah terlerai. Namun masih ada satu lagi BALA besar yang masih cuba ingin kekal di dalam UMNO. BALA tersebut tak lain dan tak bukan ialah Khairi Jamaludin. Tidakkah anda (ahli UMNO) ketahui bahawa di antara punca rakyat menolak BN ialah gara-gara perasaan marah dan benci terhadap KJ? Tidakah anda terfikir bahawa majoriti ahli UMNO telah makan hati gara-gara KJ menjadi baby baik di dalam UMNO mahupun kerajaan. Tapi kenapa beliau masih mendapat pencalonan? Ini semua gara-gara anda yang mengundi dan mencalonkan beliau adalah BODOH dan BANGSAT kerana memikirkan TEMOLOK diri sendiri daripada kepentingan parti dan bangsa. Sedangkan kita tahu rata-rata ahli akar umbi tidak meredhai beliau untuk berada di dalam barisan kepimpinan UMNO. Nasihat Awang kepada ahli UMNO dan DS Najib, jika ingin melihat BN dan UMNO kekal berkuasa dan menang di PRU13, tolonglah………pastikan KJ tidak akan jadi Ketua Pemuda dan biarkan dia hanyut terus di dalam UMNO sehingga beliau tergerak untuk melompat ke parti pembangkang yang akhirnya menjadi liabiliti pula kepada parti pembangkang. Jangan jadi BODOH dan BANGSAT.

Tuesday, September 2, 2008

16 September 2008

Jangan MIMPI Di SIANG HARI laa wahai si mabuk kuasa Anwar Ibrahim.

Tarikh 16 Sept adalah turning point BN dan UMNO kembali kuat kerana rakyat dah jelak dengan retorik dan tipu helah manusia bernama Anwar Ibrahim.
Apa? Tak percaya? Tengoklah nanti. Awang tak sabar nak tengok apa alsan yang diberikan Anwar nanti.

Saturday, June 28, 2008

Anwar Ibrahim Dituduh Meliwat Lagi

Awang dah cakap, kepimpinan Pak Lah ini seharusnya ditumbangkan sejak dahulu lagi. Tapi Anda tak berani usahakan kerana anda menganggap Pak Lah adalah aset kepada parti anda dan liabiliti kepada BN supaya anda senang merampas kuasa paling lama pun 4 tahun lagi.
Oleh kerana niat anda ingin membantu rakyat adalah tidak ikhlas. Anda cuma mengimpikan kuasa. Maka Allah sekali lagi mengenakan tamparan kepada anda.


Malaysia....oh Malaysia....! Awang hanya mampu mengeluh namum tetap terus berdoa untuk kesejahteraan rakyat.