Sunday, May 16, 2010

PRK Hulu Selangor & Sibu - Mesej Untuk Orang Melayu

Jelas sekali keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) di Sibu dan Hulu Selangor memberi gambaran bahawa terdapat pola pengundian yang berasaskan politik perkauman. Orang Cina tidak lagi mengundi Barisan Nasional (BN). Orang Cina tidak mengundi BN bukan bermakna mereka tidak menyokong orang Cina daripada parti MCA, tetapi jelas orang Cina terang-terangan menolak UMNO yang merupakan parti tunjang di dalam BN. Orang Cina telah memaku kerangka minda mereka bahawa tiada ruang lagi bagi mereka untuk menyokong UMNO. Kick them out totally, kata mereka.

Senario ini amat merbahaya bagi kepentingan orang Melayu. Sudah sampai masanya orang Melayu perlu sedar dan mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kebelakangan ini. Mereka perlu mencapai kata sepakat tentang apa yang perlu dilakukan. Bagi Awang, apa yang perlu orang Melayu lakukan ialah tidak lain dan tidak bukan mengenepikan kepentingan politik masing-masing dan bersatu demi menjamin kelangsungan Bangsa Melayu di negara Malaysia ini. Mereka perlu bersatu. PAS, UMNO dan orang-orang Melayu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bersatu demi masa hadapan anak bangsa. Biarkan Anwar Ibarahim seorang sahaja di PKR kerana beliau memang seorang yang mementingkan peribadi beliau ingin merebut kuasa tanpa mengira kesan yang berlaku ke atas anak bangsa. Bagi PAS, renungkanlah, sia-sia sahaja jika anda melaungkan kata-kata perjuangan Islam jika orang Melayu tidak lagi berkuasa di bumi Malaysia ini gara-gara persekongkolan anda dengan orang-orang secara terang-terangan anti Islam (DAP). UMNO pula perlu berlapang dada jangan hanya ingin mengaut kekayaan negara sehingga sanggup menggadaikan masa hadapan anak bangsa. Sudah sampai masa anda (UMNO) perlu berkorban untuk berkongsi kuasa dengan PAS asalkan orang Melayu dan Islam terus kekal berkuasa di bumi Malaysia ini. Jika tidak bersatu, alamat undi orang Melayu/Islam akan terus berpecah dan ada kemungkinan undi orang-orang bukan Melayu akan melebihi undi orang-orang Melayu/Islam. Walau sekebal mana pun peruntukan perlembagaan yang meggariskan bahawa hanya orang Melayu/Islam sahaja boleh menjadi PM atau MB, namun dalam konteks sistem demokrasi ini , kekurangan undi majority akan membawa kesan yang amat bahaya malah segala peruntukan perlembagaan tersebut boleh berubah.

Oleh itu, ayuhlah bangsaku semua, ketepikan kepentingan temolok diri masing-masing, belajarlah berkorban untuk agama dan bangsa demi masa depan anak-anak kita. Kita mungkin kenyang pada hari ini, tetapi dengan tindak tanduk kita yang rakus dan petingkan diri sendiri ini, anak-anak kita dikemudian hari mungkin akan kelaparan dan mengemis di tanah tumpah darah sendiri. Ayuh UMNO, PAS dan orang-orang Melayu PKR, bersatulah. Tinggalkan Anwar Ibrahim yang rakus lagi bangsat itu.

No comments: