Monday, June 23, 2008

Akuan Bersumpah Raja Petra Kamarudin


Awang tak susah ramal akan akan siapa di belakang tindakan RPK ini. RPK pasti mendapat back up daripada seseorang di dalam kerajaan. Ini bagi tujuan untuk mengimbangi keadaan yang mana tekanan terhadap Pak Lah semakin meruncing. Bacaannya sebegini:-

Situasi desakan untuk menggulingkan Pak lah semakin hebat. Maka master mind Pak lah has to think something. Untuk itu, menimbulkan isu yang mana akan memberi dilema kepada orang UMNO dan rakyat dalam konteks siapa yang akan jadi PM. jika Pak Lah digulingkan, maka yang terdekat untuk menggantikan beliau ialah Najib, bila isu ini dibangkitkan, UMNO dan rakyat akan memikirkan semula wajarkan Pak Lah digulingkan dalam waktu terdekat. Maka dengan itu dapatlah Pak Lah duduk lebih lama lagi sehinggalah bulan Disember nanti. Bila tiba bulan Disember nanti, Pak Lah dah tak perlu risau. Duit yang diperolehi oleh tindakan-tindakan yang dibuat oleh beliau kebelakangan ini sudah cukup untuk ditaburkan kepada semua perwakilan UMNO nanti untuk mengundi beliau. Maka Pak Lah akan terus kekal sebagai PM untuk beberapa tahun lagi.

Kepada RPK, jangan ingat rakyat tak tahu disebalik keberanian anda. Semua yang berkecimpung dalam politik samada secara langsung atau tidak pasti mempunyai sesuatu yang tersirat yang mana rakyat kebanyakan sukar untuk membacanya.

Awang hanya mampu berdoa sesuatu yang terbaik untuk rakyat.

No comments: