Friday, May 16, 2008

CABARAN AWANG MAYA UNTUK DSAI

Jika Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) benar-benar ikhlas dan jujur untuk memperjuangkan KEHENDAK RAKYAT, maka Awang ingin MENCABAR DSAI sebagai pemimpin de facto PKR menggesa ketua pembankang di Parlimen (Secara kebetulan merupakan isteri beliau) agar mengemukakan USUL agar Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi (AAB) meletak jawatan.

Kenapa Awang mencabar DSAI berbuat demikian? Kerana itulah KEHENDAK RAKYAT yang sebenar. Rakyat tidak peduli lagi tentang politiking…apa yang Rakyat rasakan sekarang ialah berada di bawah kepimpinan AAB amat meresahkan dan mengecewakan. Rakyat tidak mahu ditipu lagi. Rakyat tahu bagi mengaburi akan kesilapan (the worst damage) yang telah AAB buat sepanjang 4 tahun yang lalu, sekarang AAB dilihat seolah-olah amat ‘baik’ kepada Rakyat dengan memberi semua apa yang dituntut oleh Rakyat. Antaranya CEUPACS, bekas-bekas hakim dan yang terbaru golongan guru. Ya, Awang bersyukur kerana segelintir golongan ini mendapat sedikit faedah ekoran sikap panik AAB yang ketika ini cuba menjadi pemimpin paling pemurah (cuba meraih kembali popularitinya). Namun Awang percaya sikap pemurah yang tidak bijak ini akan menjadi AAB menjadi lebih panik lagi di kemudian hari kerana kebih banyak lagi tuntutan-tuntutan yang akan dibuat oleh Rakyat. Rakyat tidak nampak satu pendekatan secara holostik terhadap langkah mengembalikan semula keadaan kehidupan sebelum tahun 2004 yang lalu. Kerana yang pasti sejak AAB memerintah negara, kehidupan Rakyat semakin terhimpit ekoran keputusan-keputusan yang dibuat oleh AAB.

Kepada DSAI, pergilah ke ceruk-ceruk kampung, bersembanglah dengan orang-orang kampung di kedai kopi, bebualah dengan pak cik dan mak cik petani di bangsal-bangsal, apek-apek tua di kedai runcit usang di pekan-pekan kecil, ane menjual surat khabar di stesen-stesen bas, Awang percaya DSAI akan mendapati kebanyakan daripada mereka memang sudah tidak mahu AAB sebagai PM. Mereka berkomentar dengan kapasiti sebagai seorang rakyat biasa. Rakyat yang tidak mengetahui blogging, tidak pernah berbicara di lounge, di hotel 5 bintang, di Coffee Bean mahupun Star Buck. Tetapi suara mereka adalah tetap suara Rakyat Malaysia.

Untuk itu, sekali lagi Awang ingin nyatakan di sini kepada DSAI, jika Datuk Sri benar-benar ikhlas memperjuang kehendak rakyat, mohon digesakan kepada ketua pembankang membuat usul ketidakpercayaan kepada Perdana Menteri sekarang. Awang percaya ramai MP di kalangan BN (terutama di Sabah dan Sarawak) akan menyokong.

Tetapi jika DSAI enggan berbuat demikian, jelas dan teramat jelas bahawa DSAI hanya memperjuang TEMOLOK dan KERAKUSAN kuasa diri sendiri. Sebab jika AAB masih kekal, kerajaan akan terus lemah, maka amat mudah bagi PKR yang bakal diketuai oleh DSAI merampas kuasa pada PRU 13. Sedangkan rakyat terus-terusan berada di dalam keresahan ketidaktentuan iklim politik Negara. Jadi DSAI, sahutlah cabaran Awang demi memperjuangkan kehendak rakyat.

-Awang Maya-

No comments: