Tuesday, May 13, 2008

Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendung, Keciciran

Awang rasa keciwa bila Awang bersiar-siar, meronda-ronda disekitar Putrajaya dan Cyberjaya. Awang dapati masih banyak Presint-Presint di Putrajaya serta kawasan-kawasan di Cyberjaya yang tergantung, beku, tidak bergerak projek pembangunannya.

Apa sudah jadi? Putrajaya dan Cyberjaya sebenarnya adalah satu projek yang melambangkan kemajuan dan perubahan pembangunan dan tamadun bangsa dan rakyat Malaysia. Ia akan menjadi salah satu ikon pencapaian Wawasan 2020 nanti. Tapi jika berdasarkan kepada progress sekarang, Nampak gayanya sebahagian projek di Putrajaya dan lebih teruk lagi di Cyberjaya akan menjadi GAJAH PUTIH. Lebih mengeciwakan Awang tengok keadaan di Cyberjaya semakin teruk. Nilai komersil semakin hilang. Projek tak bergerak, Awang dimaklumkan ramai pelabur telah beralih arah.

Tapi yang memuatkan Awang dan golongan Marhain serta Orang Kampung hairan ialah kenapa disibuk-sibukan nak buat WPI, NCER, ECER dan bermacam macam lagi ER. Benda yang dah ada tapi belum dijayakan sepenuhnya di biarkan terkonteng-konteng, sedangkan benda yang dirancang tidak jelas hala tujunya serta masih kelam mekanisme pelaksanaannya. Awang dapat input Kedai Kopi katanya WPI bertujuan memberi banyak favor kepada orang Singapura. Apa betul perkara ini?

Oleh itu, untuk mengelak sebarang spekulasi negatif dan fitnah masyarakat, elok lah AAB dan barisan kepimpinannya menjelaskan perkara ini sejelas-jelasnya.

Jika tidak, rumusan yang Awang boleh buat ialah:

AAB nak tunjukkan legacynya, sebab itu beliau sanggup pinggirkan Putrajaya dan Cyberjaya yang mana menurut beliau adalah legacy TDM.

Semua projek-projek baru di bawah AAB mempunyai kepentingan besar dan ekslusif kepada AAB, Kamaludin, Khairy dan segala konco-konconya.

Nampak jelas AAB hanya dilihat baik dari segi luaran, tetapi hakikatnya seorang yang rakus dengan kuasa dan harta. Sebab itu beliau bermati-matian mempertahankan kedudukannya. Kata-kata perancangan peralihan sekadar untuk menyedapkan hati orang UMNO yang sedang marah. hakikatnya, jauh sekali KJ dan Kamaludin untuk membenarkan AAB berundur. Orang UMNO di"kencing" (maksudnnya ditipu) hidup-hidup oleh AAB,KJ, Kamaludin dan konco-konconya.

Segala perancangan dan tindakan yang dibuat selepas PRU12 ini adalah usaha untuk membeli balik keremukan hati Marhain/Orang Kampung yang sebelum ini tidak dipedulikan oleh AAB. Tapi, silap, Marhain/Orang Kampung sekarang dah lain, kami bukannya dungu dan tak boleh menilai. Malah isu judiciary pun kami tahu apa yang tersirat disebaliknya. Tak payah lah AAB nak bermain wayang. Melalui input Kedai Kopi (Orang Kampung macam kami mana mampu nak bersembang kat hotel) pun kami dah boleh membuat analisis dan konkulsif terhadap apa yang terjadi disekeliling.

Untuk itu, mohon sesiapa dapat memberi penjelasan kepada perkara tersebut. Ingat! Orang Kampung pun berhak nak tahu. Jangan ingat kami boleh diketepikan begitu sahaja.

Awang tak mahu peribahasa Melayu “ YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDUNG KECICIRAN” terhadap semua projek yang direncanakan untk kebaikan rakyat Malaysia.

Awang Maya

No comments: