Monday, May 12, 2008

Kenapa Perlu Diswastakan?

Awang dimaklumkan dan difahamkan bahawa proses pengeluaran SIJIL HALAL yang dulu dipertanggungjawabkan kepada JAKIM kini telah diserahkan autoriti pengeluaran kepada Halal Development Corporation Sdn Bhd (HDC). Sebuah syarikat swasta.

Apa ke hae nya yeaoppp? Tindakan tersebut akan mengakibatkan proses penilaian halal haram sesuatu makanan itu akan diorientasikan kepada keuntungan. Mungkin kebarangkalian barang-barang makanan yang diragui kehalalannya disahihkan HALAL kerana mendapat bayaran yang lumayan. Apa sudah jadi dengan prinsip dan pegangan Syariah. Mengapa Perdana Menteri (AAB) boleh meluluskan perkara ini?

Mohon pihak terbabit tolong jawab. Antara input-input kedai kopi yang Awang dengar ialah Khairy Jamaluddin adalah orang yang bertanggungjawab di sebalik penubuhan HDC. Jika ini benar, KJ ni memang tak habis-habis nak rosakan kepentingan Ummah demi memenuhi temolok sendiri. Jika tidak, sila jelaskan kedudukan sebenar.

Awang Maya

6 comments:

kudakepang said...

Saudara

Welcome to the cyberworld and tahniah. Katakanlah yang benar, sebenar-benarnya dengan berani, jujur dan ikhlas.

About your posting on Halal Corporation, please dig more deeply and I am very sure you will be alarmed on what you will find.

As a tip: Please look into how much money had been injected into the corporation, who are on the management team of the corporation and what had the corportion done so far.

I am equally worried as you are especially when a non-Malay friend of mine just informed me the other day that we are now importing chicken from China. YES, SO PLEASE FIGHT ON. JANGAN SAMPAI LOGO HALAL PUN JADI SATU PRODUK PERNIAGAAN YANG AMAT TINGGI HARGANYA.

Salam takzim - Ruhanie Ahmad

Awang Maya said...

Mr Kuda Kepang,

First of all, thank you much for your respond and I'm really appreciate it.

I heard there was dissatisfaction among the officers in JAKIM with regard to this issue.

Being a Muslim, and on behalf of all Muslims and "Orang Kampung" in particular, I want to see the transparency of issuing the halal certificate.

About the chickens that are imported from China, it is a massive blow to all Muslim. Hope all Orang Kampung will voice out of their disagreement.

TQ again to Mr Kuda Kepang / Saudara Ruhanie

Fadhil said...

Salam Saudara Awang,

Saya rasa Rocky Bru telah mula mengorek sedikit cerita tentang HDC ini hari ini 14.05.08. Mungkin dari info awal saudara dlm komen posting tentang kursus blogging yg dirancang UiTM. Cuma dia tak sebut source cerita ini dari mana.

Walau apa pun, mari kita sama-sama teruskan usaha utk membongkar cerita sebenarnya tentang isu ini.

anakmelaka said...

To all muslim Brothers..

Berkaitan dengan import ayam dari China, maka HDC sudah minta dan memastikan setiap ekor ayam disembelih. So.. jangan bimbang. Untuk memastikan ianya disembelih, maka penternak-penternak ayam di China telah menghadiri taklimat dan satu kursus mengenai cara sembelih ayam untuk ekspot ke malaysia. Mereka telah mendaftar dan telah berjaya menjalani kursus tersebut.

Di hujung kursus tersebut, semua peserta telah diberikan Sijil Halal oleh HDC dan kebenaran menggunakan logo halal serta layak eksport ayam sembelih ke Malaysia.

Jika Brother ada tidak puas hati..Jangan marah.... sebab HDC bukan badan syariah.. maka kerja mereka sahkan ayam disembelih dan beri sijil Halal. Sebab kepada HDC ayam yang diimpot ke Malaysia mestilah disembelih.No hal siapa sembelih. Sebab soal Syariah adalah pertimbangan di JAKIM.Itu yang lambat kalau minta sijil Halal dari JAKIM. JAKIM tidak serah soal syariah pada HDC.. HDC pun tak mahu ambil tanggungjawab soal syariah nie, nanti siapa nak tanggung dosa.

Siapa berani tegur HDC...???
Kalau HDC secara haram guna logo Halal. Bak kata penternak ayam di China yang ditemui selepas pulang dari sembahyang di Tokong Weng Chi ".. now, I personaly sloted all the chicken at my factoriy, because Malaysia want all chicken must sloted .. " but now sub-sub suay ma..


Inilah Islam Hak Dari PM ?

Muslim Islam said...

Assalamualaikum w.b.t
"Kenapa Perlu Diswastakan"
Sepatut nya sijil dan logo Halal hanya boleh di pohon dan di luluskan kepada pengusaha2 yang berugama Islam sahaja. Tak kira lah Melayu, Cina, India atau pun bangsa asing, janji berugama ISLAM dan seorang MUSLIM. Sebab hanya orang Islam sahaja yang peka pasal Halal dan Haram ini. Seperti juga sijil Kosher Yahudi. Cuma Yahudi sahaja yang layak. Ini tidak tetapi di komersialkan sehingga yang bukan Islam mengambil kesempatan. Mereka cuma pentingkan keuntungan sahaja.
Sepatut nya sijil Halal ini lah yang menjadi "platform" untuk orang Islam ini maju di dalam bidang perniagaan baik makanan atau pun yang lain. Tetapi apa yang terjadi ialah sebalik nya. Syarat yang di kenakan bagai tidak munasabah dan masa pemprosesan agak lama.
Cuba lihat di hypermarket dan supermarket, kebanyakan produk makanan yang ada sijil halal ialah produk buatan/pengeluaran pengusha yang BUKAN ISLAM.
Kini telah di swastakan. APAKAH muslihat nya? Ada kah hanya untuk KEPENTINGAN INDIVIDU TERTENTU ???
Kau fikir lah sendiri NABIL

fiekier said...

Salam...

Sahabat2 semua boleh nyatakan pendapat anda dengan membuat undian tentang sijil halal dikeluarkan oleh HDC di:-

http://e-halal.hdcglobal.com/index.php?strFile=public_vote.php

TQ